fbpx

TERMA&SYARAT agent cucigang

  1. Program AGENT CUCIGANG terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank di Malaysia yang sah.
  2. CUCIGANG adalah jenama dibawah syarikat BLASTHINK SDN BHD (1240257-T)
  3. Pengguna berdaftar di bawah AGENT CUCIGANG dikenali sebagai ACG
  4. Pendaftaran AGENT CUCIGANG dalam program ini adalah dengan persetujuan sendiri, dan bersetuju dengan semua terma ditetapkan
  5. ACG bukanlah PEKERJA/KAKITANGAN CUCIGANG . CUCIGANG tidak bertanggungjawab atas tindakan IB. Semua tindakan ejen dilakukan atas kehendak mereka sendiri dan tanpa paksaan daripada CUCIGANG
  6. ACG boleh mempromosikan servis CUCIGANG secara awam dan dengan cara yang boleh diterima.ACG tidak dibenarkan berjanji lebih daripada yang sepatutnya. CUCIGANG tidak bertanggungjawab atas tindakan ACG
  7. Untuk setiap langganan CUCIGANG yang mengambil servis dari ACG, ACG layak untuk mendapat kredit tunai mengikut jadual bayaran disediakan. Bayaran komisyen tidak boleh dipindahkan kepada orang lain ATAU menggunakan no akaun lain selain dari yang didaftarkan
  8. Pembayaran KOMISYEN akan dibayar mengikut jadual ditetapkan pihak CUCIGANG dimana ACG tidak dibenarkan meminta untuk mengeluarkan bayaran sebelum tarikh yang ditetapkan.
  9. Bayaran KOMISYEN hanya akan dilakukan secara ONLINE TRANSFER tiada bayaran secara TUNAI atau CEK
  10. Sila pastikan para pendaftar memasukkan kod rujukan ACG dengan betul semasa booking. Sekiranya yang dimaksudkan untuk mendaftar menggunakan kod rujukan ACG gagal melakukan tindakan tersebut, CUCIGANG tidak akan mempertimbangkan sebarang alasan
  11. Komisyen ACG yang layak akan diperiksa dan disahkan terlebih dahulu oleh CUCIGANG sebelum dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan . Sila ambil maklum bahawa proses pengesahan dan pengeluaran komisyen ke nombor akaun bank yang didaftarkan mengambil masa kira-kira lima hari kerja selepas pengesahan. ACG tidak boleh membatalkan proses ini setelah memohon untuk pengeluaran. CUCIGANG berhak untuk tidak mempertimbangkan permintaan seumpama
  12. Sekiranya CUCIGANG mendapati ACG menggunakan sistem ACG dengan ketidaknormalan dan/atau niat jahat, CUCIGANG berhak untuk membawa perkara-perkara tersebut ke mahkamah. Oleh itu, ACG akan secara automatik dikeluarkan dari program CUCIGANG apabila penemuan tersebut dilakukan
  13. Sekiranya ACG melakukan aktiviti penipuan terhadap orang lain dengan menggunakan program CUCIGANG, CUCIGANG berhak untuk mengemukakan aduan/perkara tersebut kepada pihak berkuasa undang-undang.
  14. Sekiranya ACG didapati melakukan aktiviti yang mencurigakan atau penipuan dan/atau menggunakan sistem ACG dengan ketidaknormalan dan/atau niat jahat, CUCIGANG berhak untuk segera membekukan akaun ACG dan segala bayaran komisyen akan ditahan sehingga siasatan selesai
  15. CUCIGANG tidak bertoleransi sebarang fitnah terhadap syarikat dan/atau pekerjanya dan menganggap perkara ini dengan serius. CUCIGANG juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.
  16. Semua pelanggan yang melanggan menggunakan kod diskaun ACG tidak layak untuk mendapatkan bayaran balik tanpa mengira sebarang keadaan.