Dustmite Treatment

Hydro Vacuum & Steam

100% Cucian Kering — Hapuskan 99% Hama Debu & Alergen Terperangkap Tanpa Membasahkan Perabot Anda!

Bagaimana Rawatan Hydro Vacuum Berfungsi?

Hydro Vacuum & Steam ialah kaedah cucian kering profesional menggunakan unit vakum berkuasa tinggi berasaskan teknologi perangkap air (seperti Vivenso, Sirena, Hyla).

Zarah habuk mikro dan hama debu ditarik keluar dari lapisan dalam fabrik tilam & sofa, kemudian diperangkap di dalam takungan air supaya tidak terlepas kembali ke udara bilik anda. Seterusnya, permukaan dirawat dengan stim bersuhu tinggi untuk membunuh kuman & kulat.

✓ Sangat Disyorkan Untuk:

  • • Individu yang mengalami alahan resdung, bersin pagi & kegatalan kulit
  • • Anak-anak atau ahli keluarga yang menghidap ekzema
  • • Tilam, sofa, karpet & langsir yang lama tidak dibersihkan
  • • Penyelenggaraan berkala 3–4 kali setahun

✕ Tidak Sesuai Untuk:

  • • Menghilangkan kesan tompokan cecair degil (kesan air/muntah)
  • • Cucian permukaan kulit (leather)
PAKEJ HARGA

Pakej Hydro Vacuum & Steam

Pilih pakej mengikut jumlah kiraan item isi rumah anda (Tilam, Sofa, Karpet, Langsir, Bantal)

Pakej A
RM120 / 4 items (1 Hour Session)
Harga Ahli: RM90
  • ✓ Tidak membasahkan fabrik (boleh terus guna)
  • ✓ Sesuai untuk tilam, sofa & karpet
  • ✓ Disyorkan untuk penderita resdung & ekzema
Pakej C
RM360 / 12 items
Harga Ahli: RM270
  • ✓ Tidak membasahkan fabrik (boleh terus guna)
  • ✓ Sesuai untuk tilam, sofa & karpet
  • ✓ Disyorkan untuk penderita resdung & ekzema
🔥 Additional Item (1 Item Combo): RM 22.50 per item
TESTIMONI RAWATAN HAMA

Apa Kata Pelanggan Servis Hydro Vacuum

Pengalaman sebenar pelanggan yang telah mencuba rawatan pembasmian hama debu CuciGang.

★★★★★

"Anak saya kerap bersin waktu pagi akibat resdung. Selepas CuciGang buat dustmite treatment pada tilam kami, air kotoran yang keluar memang berkeladak and paling best, resdung anak mula nampak kurang. Service yang sangat berbaloi!"

Puan Faridah 📍 Setapak
★★★★★

"Dah bertahun tilam tak penah buat deep vacuum. Lepas kru CuciGang datang sedut hama & stim tilam, malam tu tidur rasa bersih giler dan kulit dah tak gatal-gatal lagi."

Faizal 📍 Shah Alam
★★★★★

"Tech datang tepat pada masa, setup servis teliti dan bersih. Tak payah basahkan tilam pun, lepas siap vacuum & steam terus boleh pasang cadar balik. Very recommended!"

Kevin Tan 📍 Petaling Jaya
★★★★★

"Memang puas hati dengan servis Hydro Vacuum CuciGang. Air dalam tangki vakum jadi hitam berkeladak, terkejut tengok habuk hama selama ni kita tidur atas tu. Mesti akan repeat lagi!"

Puan Zaiton 📍 Ampang
SOALAN LAZIM (FAQ)

Soalan Lazim Servis Hydro Vacuum & Steam

Jawapan lengkap kepada soalan yang kerap ditanya mengenai rawatan pembasmian hama debu kami.

Adakah tilam atau sofa akan basah selepas rawatan Hydro Vacuum & Steam? +

Tidak. Servis ini menggunakan kaedah 100% cucian kering berasaskan teknologi perangkap air & stim suhu tinggi. Tilam dan sofa anda boleh digunakan terus selepas servis tanpa perlu dikeringkan di bawah sinar matahari.

Berapa kerap rawatan Hydro Vacuum & Steam ini perlu dilakukan? +

Kami mengesyorkan rawatan ini dilakukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali setahun (setiap 3–4 bulan) untuk mengawal pembiakan hama debu, bakteria dan kulat, terutamanya jika ada ahli keluarga yang mempunyai alahan resdung atau ekzema.

Adakah rawatan ini sesuai untuk menanggalkan kesan tompokan air atau kencing? +

Tidak. Rawatan Hydro Vacuum & Steam dikhususkan untuk menarik habuk mikro, membasmi hama debu, dan mematikan bakteria secara cucian kering. Untuk kesan tompokan cecair degil, kami mengesyorkan perkhidmatan Wet & Wash Cleaning.

Adakah pencuci kimia berbahaya digunakan semasa proses pembersihan? +

Tidak sama sekali. Kami menggunakan teknologi perangkap air semulajadi dan kuasa stim suhu tinggi tanpa sebarang bahan kimia keras, menjadikannya 100% selamat untuk bayi, kanak-kanak, dan haiwan peliharaan.

Bebaskan Rumah Anda Daripada Hama Debu Hari Ini!

Tempah slot Hydro Vacuum & Steam anda sekarang untuk menikmati tidur yang lena dan sihat.