Wet & Wash Cleaning
Cucian Basah Ekstraksi Mendalam & Syampu Khas — Hilangkan Tompok Degil, Kencing, Muntah & Bau Kepam Dari Fabrik Perabot Anda!
Bagaimana Cucian Wet & Wash Berfungsi?
Wet & Wash Cleaning menggunakan gabungan semburan syampu fabrik khas, cucian berus mekanikal, dan mesin ekstraksi cecair Karcher berkuasa tinggi.
Cecair terperangkap seperti tompokan air, minuman, muntah anak, atau peluh disembur dengan larutan pembersih mendalam dan disedut keluar dari dalam serat fabrik tilam, sofa dan tempat duduk kenderaan.
✓ Sangat Disyorkan Untuk:
- • Tilam yang mempunyai tompokan cecair, tumpahan minuman, kencing atau muntah
- • Sofa fabrik yang kusam, bertompok atau berbau kepam
- • Kusyen tempat duduk kereta (Sedan, SUV, MPV)
- • Cucian deep cleaning sekurang-kurangnya 2 kali setahun
✕ Nota Penting / Keterbatasan:
- • Fabrik akan sedikit lembap selepas cucian (memerlukan angin kipas/pengudaraan bilik untuk pengeringan 4-8 jam)
- • Dikhususkan untuk fabrik sahaja — tidak sesuai untuk permukaan kulit asli atau sintetik
- • Tompokan lama yang telah terikat secara kimia dengan serat fabrik mungkin tidak dapat dihilangkan 100%, tetapi akan pudar secara ketara
HASIL KERJA
Koleksi gambar hasil cucian Wet & Wash dan perubahan tompokan fabrik pelanggan.
| Kategori Item | Harga Biasa | Harga Ahli (Harga Member) |
|---|---|---|
| Tilam Single (1 Side Cleaning) | RM100 | RM85 |
| Tilam Queen (1 Side Cleaning) | RM120 | RM98 |
| Tilam King (1 Side Cleaning) | RM130 | RM107 |
| Sofa 1-Seater (Exclude Cushion) | RM80 | RM65 |
| Sofa 2-Seater (Exclude Cushion) | RM120 | RM97 |
| Sofa 3-Seater (Exclude Cushion) | RM180 | RM140 |
| Sofa 4-Seater (Exclude Cushion) | RM240 | RM187 |
| Kerusi Makan (Dining Chair) | RM35 / pcs | RM28 / pcs |
| Bantal Sofa (Cushion) | RM10 / pcs | RM10 / pcs |
| Kerusi Kereta (Sedan 5-Seater) | RM170 | RM128 |
| Kerusi Kereta (MPV/SUV 7-Seater) | RM240 | RM180 |
Apa Kata Pelanggan Servis Wet & Wash
Pengalaman sebenar pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan pembersihan tompok CuciGang.
"Anak kencing atas tilam king masa malam. Risau giler ingatkan kena beli tilam baru. Lepas CuciGang datang buat Wet & Wash, kotoran kuning and bau kencing terus hilang! Tilam nampak baru balik."
"Sofa kain dekat ruang tamu dah bertahun bertompok ayaq milo & peluh. Kru datang cuci & sedut ayaq kotor, hitam betul air extraction tu! Lepas kering sofa wangi giler."
"Very professional team. They brought heavy-duty Karcher extractor and deep washed my car seats & sofa. Water marks are all gone. High quality service!"
"Memang terbaik servis Wet & Wash CuciGang. Tompok muntah anak pada tilam Single hilang bersih. Technicians pun ramah dan jaga kebersihan rumah kita sewaktu cuci."
Soalan Lazim Servis Wet & Wash Cleaning
Jawapan lengkap kepada soalan yang kerap ditanya mengenai cucian basah ekstraksi tompok kami.
Berapa lama masa yang diambil untuk tilam atau sofa kering sepenuhnya? +
Masa pengeringan biasanya mengambil masa 4 hingga 8 jam bergantung kepada pengudaraan bilik. Kami mengesyorkan anda membuka kipas atau penyaman udara untuk mempercepatkan proses pengeringan.
Bolehkah semua jenis tompokan hilang 100%? +
Kebanyakan tompokan yang baru dan tidak melibatkan darah, kafein atau apa-apa bahan kimia yang mempunyai warna yang kuat dapat dihilangkan sehingga 90%. Namun, untuk tompokan yang sangat lama atau pernah dirawat dengan bahan kimia keras, tompok mungkin telah chemically bonded dengan benang fabrik, tetapi proses ekstraksi kami akan memudarkan tompokan secara ketara dan membunuh 99.9% bakteria & bau.
Adakah perkhidmatan Wet & Wash ini sesuai untuk sofa kulit (leather)? +
Tidak. Perkhidmatan Wet & Wash Cleaning berasaskan ekstraksi cecair hanya sesuai untuk fabrik bercorak/linen/velvet/canvas. Sofa kulit memerlukan teknik pembersihan dan pemeliharaan berbeza.
Apakah perbezaan antara Hydro Vacuum dan Wet & Wash Cleaning? +
Hydro Vacuum & Steam ialah cucian kering 100% untuk membasmi hama debu & alergen (tanpa membasahkan fabrik). Manakala Wet & Wash ialah cucian basah ekstraksi cecair khas untuk menanggalkan tompokan, cecair tumpah dan bau kepam.